Rakyat Korea Utara keluar 'mengundi'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyertai jutaan rakyatnya hari ini (10 Mac) untuk "mengundi" sekitar 700 ahli ke badan perundangan negara.
Warga Korea Utara keluar mengundi di mana ia hanya ada satu calon bagi setiap kerusi. (Gambar: Ed Jones/AFP)
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyertai jutaan rakyatnya hari ini (10 Mac) untuk "mengundi" sekitar 700 ahli ke badan perundangan negara.
Ini meskipun undian tersebut lebih sebagai satu pengesahan dan bukan pertandingan - para pengundi diberikan hanya satu calon sahaja bagi setiap kerusi.
Pengundian dilakukan sekadar untuk menunjukkan persetujuan rakyat terhadap calon yang dipilih.
Para calon yang datang dari pelusuk negara dipilih oleh Parti Pekerja Korea yang memerintah dan beberapa lagi parti campuran kecil.
Encik Kim yang merupakan calon paling menyerlah juga bakal bertanding di kawasan undinya di Pyongyang.
Pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun itu adalah untuk dewan rakyat Korea Utara, yang merupakan kuasa tertinggi di negara itu. Sesi pertama dewan dijangka berlangsung bulan depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.