Rakyat Korea Selatan dekat sempadan Utara tidak terkesan dengan ketegangan tentera yang semakin meruncing
Anggaran Waktu Membaca:
PULAU GYODONG: Berbekalkan senapang serangan, askar Korea Selatan memeriksa dan meneliti dokumen pengenalan orang ramai yang melalui pusat pemeriksaan tentera untuk pergi ke Pulau Gyodong.
Korea Utara terletak hanya dua kilometer dari pulau itu.
Tahap keselamatan sangat ketat di sekitar pulau kecil Gyodong yang terletak di wilayah Ganghwa, bandar Incheon.
Pagar berduri di sepanjang pantai berfungsi sebagai perlindungan terhadap pencerobohan Korea Utara.
Namun dengan pelancaran peluru berpandu baru-baru ini dari Korea Utara, ramai penduduk Korea Selatan termasuk mereka yang tinggal dekat dengan sempadan kekal tidak terkesan.
Bahkan ada yang mahu pagar berduri itu dihapuskan.
Ini meskipun ketegangan di semenanjung Korea berada pada tahap tertinggi sejak 2017 susuli latihan peluru berpandu baru-baru ini antara Korea Selatan dan Korea Utara.
KETEGANGAN SEMAKIN MERUNCING
Kedua-dua pihak membalas tembakan amaran di pantai barat pada Isnin (27 Okt) dan menuduh satu sama lain melanggar sempadan maritim masing-masing.
Kejadian berbalas tembakan-baru ini berlaku di tenagh-tengah ketegangan yang semakin meruncing ketika Korea Utara menjalankan ujian senjata pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini tahun ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.