Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat AS keluar mengundi dalam pilihan raya separuh penggal

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat AS keluar mengundi dalam pilihan raya separuh penggal

(Gambar: Ethan Miller/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2022 07:35AM Dikemas Kini : 09 Nov 2022 11:01AM
WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat (AS) masih mengundi dalam pilihan raya separuh penggal yang akan menentukan sama ada parti Demokrat atau Republikan akan menguasai Dewan Kongres.

Ada kemungkinan parti Republikan menang memandangkan sokongan rakyat kepada Presiden AS Joe Biden semakin rendah, sekitar 39 peratus.

Jika Republican muncul sebagai pemenangnya, ia pasti menimbulkan masalah kepada Encik Biden dalam mentadbir negara itu bagi baki dua tahun tempoh jawatannya.

Kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan AS dan 35 daripada 100 kerusi Dewan Senat AS dipertandingkan.

Dalam Dewan Senat yang lalu, Demokrat dan Republikan masing-masing mempunyai 50 kerusi. Ini bermakna parti Republikan hanya perlu menang satu lagi kerusi untuk menguasainya.

Parti Demokrat juga akan hilang penguasaannya dalam Dewan Perwakilan jika parti Republikan menang lima lagi kerusi.

Selain anggota Kongres, para pengundi juga akan memilih 36 Gabenor.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan