Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Kanada dihukum kerana bekerja secara haram di China

Kementerian Luar China semalam (20 Dis) menyatakan bahawa seorang rakyat Kanada sedang menjalani 'hukuman pentadbiran' kerana bekerja secara haram. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Kanada dihukum kerana bekerja secara haram di China

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying. (Gambar: Jasaon Lee/Reuters)

Diterbitkan : 21 Dec 2018 12:16AM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 12:18AM

BEIJING: Kementerian Luar China semalam (20 Dis) menyatakan bahawa seorang rakyat Kanada sedang menjalani 'hukuman pentadbiran' kerana bekerja secara haram. Ini selepas pemerintah Kanada mengumumkan bahawa rakyat Kanada ketiga ditahan di China.

Minggu lalu, ejen-ejen keselamatan negara China menahan dua rakyat Kanada - Michael Kovrig, seorang mantan diplomat, dan Michael Spavor, seorang ahli niaga - sambil menyatakan bahawa mereka disyaki mengancam keselamatan negara.

Penahanan dua rakyat Kanada itu dilakukan menyusuli penangkapan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies, Meng Wanzhou, pada 1 Disember. Meng ditangkap atas permintaan Amerika Syarikat, yang terlibat dalam satu perang dagang dengan China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chungying, mengenal pasti rakyat Kanada ketiga itu sebagai Sarah McIver, yang sedang menjalani 'hukuman pentadbiran' kerana 'bekerja secara haram'. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.

Apabila ditanya sama ada kes McIver ada kaitan dengan kes Kovrig dan Spavor, Cik Hua menarik perhatian bahawa kes-kes itu adalah berbeza, memandangkan Kovrig dan Spavor dituduh mengancam keselamatan negara.

Cik Hua merujuk soalan-soalan lanjut berhubung kes McIver kepada Kementerian Keselamatan Awam China, namun kementerian itu tidak memberi respons segera apabila diminta memberi komen berhubung perkara tersebut.

Pemerintah Kanada bagaimanapun belum lagi mengenal pasti identiti rakyat ketiga itu. Namun, media Kanada sebelum ini melaporkan bahawa individu berkenaan ialah McIver. Menurut media negara itu, McIver ialah seorang guru Bahasa Inggeris yang ditahan akibat 'masalah visa'.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memberi amaran pada Rabu (19 Dis) sambil mengatakan bahawa beliau tidak akan 'menghentak meja' setelah China menahan seorang lagi rakyat Kanada.

Encik Trudeau sebaliknya berkata bahawa beliau sedang meminta China maklumat lanjut mengenai penahanan-penahanan tersebut.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan