Skip to main content

Dunia

Rakyat Johor diseru ambil dos penggalak kedua; hanya 1.9% sudah berbuat demikian

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi pada Isnin (9 Jan) menyeru penduduk di negeri itu agar mendapatkan dos penggalak kedua meskipun jumlah jangkitan kes positif COVID-19 di Johor masih terkawal. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Johor diseru ambil dos penggalak kedua; hanya 1.9% sudah berbuat demikian

Pemandangan koswe yang menghubungkan Singapura dengan negeri Johor, Malaysia. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi pada Isnin (9 Jan) menyeru penduduk di negeri itu agar mendapatkan dos penggalak kedua meskipun jumlah jangkitan kes positif COVID-19 di Johor masih terkawal. 

Beliau berkata saranan itu berikutan kenyataan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Aman Rabu, mengenai kadar pengambilan dos penggalak kedua di negeri itu yang masih lagi rendah iaitu pada kadar 1.9 peratus. 

"Walaupun kini kita sudah terbiasa hidup dalam era peralihan ke fasa endemik, kemunculan varian bahu seperti BA.5.2 dan B.7 serta kedudukan negeri Johor sebagai pintu masuk antarabangsa akan memerlukan rakyat negeri ini terus berjaga-jaga.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar Johor dan Malaysia terus dipelihara daripada ancaman wabak ini pada masa akan datang," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik ke Facebook hari ini. 

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau janji temu boleh dilakukan di 12 hospital ataupun 81 pusat pemberian vaksin (PPV) serta klinik kesihatan di setiap daerah di Johor, bermula Isnin. 

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pada Isnin lalu berkata ketika ini, hanya 49.8 peratus daripada rakyat Malaysia sudah mendapat vaksin dos penggalak pertama manakala hanya 1.9 peratus mengambil vaksin dos penggalak kedua. 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita