Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Johor digesa terus peka, patuh arahan pihak berkuasa

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Johor digesa terus peka, patuh arahan pihak berkuasa

(Gambar: Onn Hafiz Ghazi/Facebook)

BATU PAHAT: Kerajaan negeri mengingatkan seluruh rakyat Johor supaya sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa dan terus menjaga keselamatan diri serta keluarga.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata demikian menyusuli perkembangan laporan terkini berhubung luruan monsun terbaru daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu (4 Mac) bahawa hujan akan berpanjangan sehingga 5 Mac.

"Saya mohon semua dapat kongsikan hantaran ini agar maklumat tersebar kepada seluruh warga Johor.

"Amaran hujan tahap bahaya di daerah Segamat, Kluang, dan Mersing. Manakala cuaca buruk di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu. 

Encik Onn Hafiz berkata MetMalaysia juga meramalkan luruan monsun akan berterusan yang menyebabkan hujan lebat berterusan di timur semenanjung, manakala amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan sehingga 6 Mac. 

"Hal ini berkemungkinan meningkatkan paras air laut di kawasan perairan Johor Timur dan berisiko berlakunya limpahan air laut," katanya.

Setakat pukul 4.00 petang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 39,476 orang di sembilan daerah di negeri seberang Tambak itu. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan