Skip to main content

Dunia

Rakyat Jepun keluar mengundi bagi Pilihan Raya Dewan Negara

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Jepun keluar mengundi bagi Pilihan Raya Dewan Negara
Photo: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) pada hari terakhir berkempen untuk pilihan raya dewan negara di Tokyo, Jepun pada 19 Julai 2025. (Gambar: Reuters/Manami)
Diterbitkan : 20 Jul 2025 01:05PM Dikemas Kini : 20 Jul 2025 01:06PM

TOKYO: Para pengundi Jepun bakal mengubah arus politik negara itu sedang mereka keluar mengundi bagi pilihan raya pada Ahad (20 Jul). 

Pilihan Raya Dewan Negara itu menyaksikan persaingan sengit, dengan isu seperti kenaikan harga dan masalah imigresen mengancam untuk melemahkan sokongan ke atas Perdana Menteri Shigeru Ishiba untuk mengekalkan kuasa kerajaan.

Tinjauan pengundi membayangkan Parti Liberal Demokratik  yang diterajui Ishiba dan rakan sejawatan daripada gabungan parti Komeito mungkin gagal memperoleh 50 kerusi yang diperlukan untuk mengekalkan kawalan dewan negara.

Hanya separuh daripada 248 kerusi parlimen dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini.

Tinjauan itu menunjukkan bahawa parti pembangkang yang lebih kecil, yang memperjuangkan pemotongan cukai dan tokokan perbelanjaan awam, dijangka meraih kelebihan.

Ini termasuk parti sayap kanan Sanseito, yang berikrar untuk mengawal imigresen, menentang aliran masuk modal asing dan menarik balik dasar kesaksamaan jantina.

Prestasi buruk gabungan parti itu boleh menggugat keyakinan pelabur terhadap ekonomi keempat terbesar dunia itu serta mengganggu rundingan perdagangan penting dengan Amerika Syarikat, kata penganalisis.

PM Ishiba juga mungkin perlu memilih antara memberi laluan kepada pemimpin LDP baharu atau bergelut untuk meraih sokongan beberapa parti pembangkang dengan bertolak ansur berhubung dasar, kata Rintaro Nishimura, seorang rakan kongsi Kumpulan Asia di Jepun.

Pusat-pusat mengundi akan ditutup pada pukul 8.00 malam waktu tempatan, di mana pihak media dijangka meramalkan keputusan berdasarkan tinjauan pintu keluar.

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita