Skip to main content

Dunia

Rakyat Israel keturunan Yahudi dari Habsyah bertempur dengan pasukan keselamatan

55 anggota polis Israel cedera dan 43 penunjuk perasaan diberkas, dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan rakyat Israel keturunan Yahudi dari Habsyah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 May 2015 02:16PM Dikemas Kini : 04 May 2015 06:34PM

TEL AVIV: 55 anggota polis Israel cedera dan 43 penunjuk perasaan diberkas, dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan rakyat Israel keturunan Yahudi dari Habsyah.

Rusuhan tersebut tercetus setelah tersebarnya satu video menunjukkan dua pegawai polis Israel mendera dan memukul seorang askar Israel berbangsa Yahudi Habsyah bernama Damas Pakada, tanpa sebarang provokasi jelas.

Sehari kemudian, seorang inspektor perbandaran memukul seorang pemuda Habsyah yang tinggal di selatan Tel Aviv, selepas tersilap sangka beliau sebagai pendatang haram dari Eritrea.

Related article image
Seorang penunjuk perasaan diberkas semasa pertempuran antara pasukan keselamatan dengan rakyat Israel keturunan Yahudi dari Habsyah (Gambar: AFP / JACK GUEZ)

Masyarakat Habsyah di Israel kemudian mengadakan bantahan beramai-ramai sebagai melahirkan kemarahan dan membantah diskriminasi dan kekejaman pihak polis ke atas mereka selama ini.

Dalam rusuhan semalam, ribuan anggota masyarakat Habsyah dan para penyokong mereka berkumpul di persimpangan utama di hadapan pejabat-pejabat pemerintah di Tel Aviv yang merupakan hab kewangan Israel.

Related article image
Rakyat Israel keturunan Yahudi dari Habsyah bertempur dengan pasukan keselamatan (Gambar: AFP / JACK GUEZ)

Kemudian mereka bergerak untuk menghadang sebahagian daripada Lebuh Raya Ayalon, iaitu laluan penghubung utama di negara itu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang besar semasa waktu sibuk di tengah Israel.

Para penunjuk perasaan melaung-laungkan slogan seperti "hentikan keganasan", "hentikan polis dan kekejaman" dan "kami mahu hak sama rata, kami mahu suara setara".

Dua rusuhan berlaku sejak empat hari lalu.

Related article image
Seorang wanita Israel keturunan Yahudi dari Habsyah bergaduh dengan pasukan keselamatan (Gambar: AFP / JACK GUEZ)

PM NETANYAHU AKAN BERTEMU PAKADA

Kini, dalam usaha meredakan ketegangan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata beliau akan dengan bertemu dengan Pakada dan para wakil masyarakat Habsyah, hari ini (Isnin).

Encik Netanyahu juga berjanji bahawa pemerintah akan mengambil langkah untuk membantu orang-orang Yahudi Habsyah untuk diintegrasi ke dalam masyarakat Israel.

Terdapat lebih daripada 135,000 penduduk Yahudi dari Habsyah tinggal di Israel, menyusuli dua gelombang penghijrahan antara 1984 dengan 1991.

Walaupun kadar pekerjaan di kalangan kaum Yahudi Habsyah itu disifatkan tinggi, pendapatan purata mereka dilaporkan lebih rendah berbanding rakyat Israel yang lain.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita