Rakyat Israel berhimpun bantah rancangan pemerintah rombak sistem kehakiman
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Reuters
JERUSALEM: Puluhan ribu rakyat Israel melakukan bantahan di seluruh negara pada petang Sabtu (22 Jul) bagi menentang rancangan pemerintah untuk merombak sistem kehakiman, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan memperhebat tindakan, yang kini memasuki minggu ke-29, menjelang sesi undian terakhir mengenai rang undang-undang menghadkan kuasa mahkamah dalam menyemak keputusan dan pelantikan pemerintah.
Undian itu dijangka dibentangkan pada Isnin.
Di Baitulmakdis, kira-kira 35,000 penunjuk perasaan berarak sejauh 70 kilometer dari Tel Aviv dan berkumpul di sekitar Parlimen serta bangunan kementerian lain.
Pada petang Sabtu, pasukan simpanan tentera Israel mengumumkan di sidang media bahawa mereka mempunyai lebih 10,000 tandatangan yang enggan hadir bertugas.
Selama berbulan-bulan sejak pemerintah mengumumkan rancangan merombak sistem kehakiman, media Israel melaporkan peningkatan dalam pembelotan tentera simpanan, lantas menimbulkan kebimbangan bahawa keadaan itu boleh menjejaskan kesediaan tentera.
Akhbar tempatan turut melaporkan ketua kesatuan buruh terbesar Israel akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan sama ada akan melancarkan mogok umum di negara itu.
Penyokong pemerintah dijangka mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran pada Ahad (23 Jul) untuk mempertahankan pembaharuan kehakiman.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan pembaharuan itu perlu bagi menghadkan sistem kehakiman, yang menjadi terlalu berkuasa sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Mahkamah Agung juga didakwa sering campur tangan dalam isu politik yang sepatutnya ditentukan Parlimen.
Penunjuk perasaan mendakwa pembaharuan itu akan melemahkan mahkamah dan memberi kuasa tanpa had kepada pakatan pemerintah.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.