Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Indonesia yang ingkar kuarantin dimasukkan ke "rumah berhantu"

Sikap orang ramai yang melanggar perintah kuarantin, menyebabkan seorang ahli politik di Indonesia menggunakan cara menakutkan mereka dengan mengunci mereka dalam "rumah berhantu".

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Indonesia yang ingkar kuarantin dimasukkan ke "rumah berhantu"

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2020 09:53PM Dikemas Kini : 21 Apr 2020 09:54PM

SRAGEN, Indonesia: Sikap orang ramai yang melanggar perintah kuarantin, menyebabkan seorang ahli politik di Indonesia menggunakan cara menakutkan mereka dengan mengunci mereka dalam "rumah berhantu".

Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati berkata beliau mengeluarkan arahan luar biasa itu pada minggu ini bagi menangani jumlah tinggi orang yang memasuki daerah itu menyusuli sekatan pergerakan di ibu kota Jakarta dan bandar-bandar utama lain.

Beberapa pendatang baru bagaimanapun, tidak mematuhi arahan untuk mengasingkan diri selama 14 hari bagi mencegah penularan COVID-19 di kepulauan Jawa Indonesia yang padat dengan penduduk.

Oleh itu, Cik Sukowati mengarahkan masyarakat untuk menggunakan semula rumah yang ditinggalkan dan dipercayai berhantu itu lantas ditakuti ramai, kerana kepercayaan pada alam ghaib mempunyai peranan penting dalam cerita-cerita rakyat Indonesia.

Sejauh ini, lima orang dimasukkan ke penjara Sragen yang dianggap berhantu itu.

"Jika ada rumah berhantu yang terbiar dalam kampung, humbankan mereka ke dalam dan kunci mereka dalam rumah itu," kata Cik Sukowati kepada AFP pada Selasa apabila ditanya mengenai peraturan itu.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan