Rakyat Indonesia mengadu tentang kertas undi gergasi
Apabila 193 juta warga Indonesia keluar mengundi dalam Pilihan Raya Presiden dan Dewan Perwakilannya pada minggu depan, mereka akan berdepan dengan kertas undi sebesar poster gergasi.
JAKARTA: Apabila 193 juta warga Indonesia keluar mengundi dalam Pilihan Raya Presiden dan Dewan Perwakilannya pada minggu depan, mereka akan berdepan dengan kertas undi sebesar poster gergasi.
Kertas-kertas undi Indonesia kelak dianggap terlalu besar untuk dilipat dan dijangka akan merumitkan proses pengundian untuk para pengundi warga tua.
Sekeping kertas undi dianggarkan sebesar setengah tubuh seorang wanita.
Ada juga yang mengadu, tulisan di kertas undi Indonesia itu juga terlalu kecil untuk dibaca.
"Sudah buka satu saja, bingung lipatnya bingung. Mahu pilih yang mana, dengan tulisannya yang kecil-kecil pula. Harapannya pada masa depan dibuat lebih ringkas, kertasnya tidak terlalu besar," kata Susanti Sidik, peserta undi simulasi Indonesia.
Rakyat Indonesia akan keluar mengundi pada 17 April.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.