Skip to main content

Dunia

Rakyat Indonesia dapat cuti panjang Hari Raya Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Indonesia dapat cuti panjang Hari Raya Aidilfitri

Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail)

Diterbitkan : 08 Apr 2022 08:50PM Dikemas Kini : 08 Apr 2022 09:00PM

KUALA LUMPUR: Pemerintah Indonesia mengisytiharkan 29 April dan 4 hingga 6 Mei ini sebagai cuti kolektif sempena Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Joko Widodo dalam satu rakaman video berkata, republik itu turut memutuskan cuti Aidilfitri peringkat nasional ditetapkan pada 2 dan 3 Mei.

"Keputusan mengenai cuti bersama (kolektif) akan diatur secara lebih terperinci oleh menteri-menteri berkaitan.

Cuti bersama ini dapat digunakan untuk (menjalin) silaturahim dengan orang tua, keluarga dan rakan taulan di kampung halaman," katanya dalam rakaman video tersebut baru-baru ini.

Presiden Jokowi turut berkata, dianggarkan 85 juta penduduk akan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Lebaran pada tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, 47 peratus akan melakukan perjalanan menggunakan kenderaan persendirian, manakala kira-kira 14 juta penduduk akan meninggalkan kawasan Jakarta Raya," tambah beliau.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan seluruh rakyat negara itu supaya mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan dan segara mendapatkan vaksin dos penggalak.

Selain itu, Presiden Jokowi turut memberi jaminan bahawa pemerintah akan memastikan perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman berjalan lancar dan selamat.
 

Sumber : Agensi berita/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita