Rakyat Indonesia akan dibawa pulang dari Palestin sejurus keadaan selamat, kata Menteri Luarnya
Anggaran Waktu Membaca:

Penduduk Palestin di tengah-tengah runtuhan bangunan selepas serangan udara Israel di Carikan Gaza, 10 Okt 2023. (Gambar: Fatima Shbair/AP Photo)
NUSA DUA: Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi menyatakan pemindahan rakyat Indonesia dari Palestin akan dijalankan sejurus keadaan di sana dianggap selamat.
"Kami sudah mempunyai data (atau jumlah rakyat Indonesia); terdapat rancangan pemindahan, tetapi keadaan tidak membenarkan sebarang pergerakan (setakat ini)," jelasnya di luar Forum Kepulauan dan Wilayah Pulau Peringkat Tinggi (AIS) yang pertama kali diadakan, pada Rabu (11 Okt).
Cik Marsudi berkata beliau telah meminta sokongan dari Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk memindahkan warga Singapura dari Carikan Gaza di Palestin, yang telah menjadi sasaran utama serangan udara tentera Israel.
Menteri itu sedang berhubungan secara intensif dengan beberapa pihak, termasuk ICRC, bagi memastikan keselamatan rakyat Indonesia.
"Ini kerana keutamaannya adalah untuk memindahkan rakyat Indonesia dengan selamat," tekannya.
Menteri Luar Indonesia itu juga sudah berhubungan dengan Brazil, yang sedang memegang peranan sebagai Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Muktamar Islam (OIC); serta Filipina.
Sementara itu, kedutaan Indonesia di Amman, Beirut dan Kaherah sedang berada dalam tahap berwaspada dan memantau perkembangan di kawasan konflik berkenaan. Ia juga sedang berusaha untuk memastikan perlindungan ke atas rakyat Indonesia yang terjejas.
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa ia sedang mempersiapkan pelan kontingensi bagi pemindahan rakyat Indonesia dalam beberapa senario.
Senario-senario tersebut termasuk kemungkinan memindahkan rakyat Indonesia menerusi negara-negara yang berhampiran dengan Palestin, termasuk Jordan, Lebanon dan Mesir.
"Pemerintah itu, menerusi kedutaan Indonesia di Amman, Beirut dan Kaherah, sedang menyelaraskan usaha dengan beberapa pihak untuk memindahkan rakyat Indonesia yang berada di wilayah Palestin, terutama sekali 10 rakyat Indonesia yang berada di Carikan Gaza," jelas jurucakap kementerian tersebut, Lalu Muhamad Iqbal pada Selasa (10 Okt).
Berdasarkan data kementerian berkenaan, terdapat seramai 45 rakyat Indonesia yang sedang berada di Palestin, di mana 10 daripadanya berada di Carikan Gaza.
Terdapat juga 230 warga Indonesia yang sedang mengikut wisata agama di beberapa lokasi di Israel.
Setakat ini, tiada laporan mengenai warga Indonesia yang menjadi mangsa keganasan yang sedang berlarutan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.