Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat India taruh harapan Rishi Sunak jadi PM Britain semasa Deepavali

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat India taruh harapan Rishi Sunak jadi PM Britain semasa Deepavali

(Gambar: AFP/Susannah Ireland)

NEW DELHI: Ramai rakyat di India sangat gembira dengan kemungkinan Rishi Sunak menjadi orang pertama yang berasal dari India menjadi Perdana Menteri Britain pada Isnin (24 Okt) ketika penganut Hindu di seluruh dunia menyambut perayaan Deepavali.

Boris Johnson menarik diri daripada persaingan menjadi Perdana Menteri pada lewat Ahad (23 Okt), sekali gus meningkatkan peluang Encik Sunak untuk menyandang jawatan tertinggi itu dan menggantikan pemimpin parti Konservatif, Liz Truss, yang meletak jawatan.
Kemungkinan Encik Sunak menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri sudah menjadi muka depan kebanyakan akhbar di India.

Beberapa rakyat India di media sosial berkata Encik Sunak menjadi Perdana Menteri tahun ini akan menjadi lebih istimewa kerana India baru-baru ini menyambut 75 tahun kemerdekaannya daripada penjajahan British.

Mantan Menteri Kewangan Britain, Encik Sunak, 42 tahun ialah seorang penganut Hindu dan beliau meraikan Deepavali. Gambarnya juga dipetik menyalakan lilin di luar Nombor 11 Downing Street untuk meraikan perayaan itu.

Rakyat India lazimnya akan sangat bangga dengan pencapaian anak kelahiran tanah air yang berjaya di luar negara.

Ini termasuk tokoh seperti Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella dan Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai.

Beberapa rakyat India juga mengharapkan hubungan dua hala yang lebih kukuh antara Britain dengan India jika Encik Sunak menjadi Perdana Menteri.

"@RishiSunak menjadi PM Britain akan menjadi hadiah Diwali yang hebat untuk Britain, serta sebab untuk meraikannya di India," tulis bekas diplomat India Rajiv Dogra di dalam hantaran Twitternya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan