Rakyat India keluar undi bagi pilihan raya Dewan Undangan Delhi
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri India Narendra Modi. (Gambar fail: Sajjad Hussain/AFP)
NEW DELHI: Pilihan raya Dewan Undangan Delhi sedang berlangsung pada Rabu (5 Feb) dan dua parti politik utama India kembali bersaing antara satu sama lain.
Parti Bharatiya Janata, BJP yang memerintah India, belum pernah menang di wilayah ibu kota India itu dalam masa hampir 30 tahun.
Parti Aam Aadmi (AAP) pimpinan Encik Arvind Kejriwal berharap dapat terus berkuasa buat penggal ketiga berturut-turut.
Namun tahun lalu, Encik Kejriwal meringkuk di dalam penjara selama beberapa bulan berhubung dakwaan bahawa AAP menerima rasuah.
Encik Kejriwal mendakwa bahawa tuduhan itu bermotif politik.
Dalam kempen pilihan rayanya, AAP antara lain, menjanjikan skim-skim kebajikan sosial serta biasiswa pendidikan bagi golongan kasta rendah.
BJP yang dipimpin Perdana Menteri India, Narendra Modi pula menjanjikan bantuan kewangan untuk wanita, makanan bersubsidi bagi golongan miskin dan skim insurans kesihatan percuma.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.