Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat India keluar mengundi dalam fasa kedua pilihan raya

Pilihan raya India memasuki fasa kedua pada Khamis (18 Apr), dengan lebih 155 juta rakyat layak mengundi dalam fasa tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat India keluar mengundi dalam fasa kedua pilihan raya

(Gambar: Arun Sankar/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 07:35PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 07:38PM

NEW DELHI: Pilihan raya India memasuki fasa kedua pada Khamis (18 Apr), dengan lebih 155 juta rakyat layak mengundi dalam fasa tersebut.

Para pengundi dari 13 wilayah di bahagian selatan India keluar mengundi hari ini (18 Apr), termasuk di kawasan hangat di Tamil Nadu.

Mereka akan memilih anggota parlimen yang bakal mengisi 97 kerusi dalam Lok Sabha, iaitu Dewan rendah Parlimen. Parlimen India mempunyai seramai 545 anggota. 

Perhatian tertumpu kepada wilayah Tamil Nadu dan Karnataka, di mana pihak pembangkang utama iaitu Parti Kongres dan sekutunya perlu menang besar jika ia ingin menewaskan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

"Jika parti-parti bukan BJP mencatat prestasi baik di kedua-dua wilayah itu, mereka mungkin mempunyai peluang untuk membentuk sebuah pemerintah bukan BJP," kata Sanjay Kumar, Pengarah Pusat bagi Kajian Masyarakat-Masyarakat Membangun, yang berpangkalan di New Delhi.

Pilihan raya India yang bermula pada 11 April dibahagikan kepada tujuh fasa, dengan yang terakhir akan diadakan pada 19 Mei.

Selepas pengiraan undi selama empat hari, Jawatankuasa Pilihan Raya India akan mengumumkan keputusan rasmi pada 23 Mei. 

Sumber : Reuters/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan