Skip to main content

Dunia

Rakyat Hong Kong keluar mengundi bagi Pilihan Raya Majlis Perbandaran

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Para penduduk Hong Kong keluar mengundi pada Ahad (10 Dis) bagi memilih wakil daerah masing-masing.

Ini adalah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama selepas rombakan besar-besaran dilakukan bagi memastikan hanya calon yang menyokong pemerintah boleh bertanding.

Di bawah pindaan itu, 88 wakil akan dilantik secara langsung.

Jumlah itu 80 peratus lebih rendah berbanding pilihan raya pada 2019.

Semua calon mesti lulus pemeriksaan latar belakang mereka dan dicalonkan oleh jawatankuasa-jawatankuasa pro-pemerintah.

Tiada calon yang pro-demokrasi akan bertanding dalam pilihan raya ini kerana mereka tidak menerima pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan diri mereka sebagai calon bagi pilihan raya tersebut.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita