Skip to main content

Dunia

Rakyat Greece pilih anggota Parlimen baru

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Greece pilih anggota Parlimen baru

Gambar: Reuters

Diterbitkan : 25 Jun 2023 02:36PM
ATHENS: Sekitar 9.8 juta pengundi Greece akan melaksanakan tanggungjawab memilih Anggota Parlimen yang baru pada Ahad (25 Jun), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Tinjauan pendapat menunjukkan kemenangan dijangka diperoleh parti konservatif Nea Dimokratia (ND), yang dipimpin oleh Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, dengan beberapa pihak menyatakan parti itu mungkin mendapat lebih 40 peratus undi.

Persatuan Kiri Radikal (Syriza), yang dipimpin oleh Alexis Tsipras, dijangka memperoleh sekitar 20 peratus undi, menurut tinjauan pendapat.

Secara keseluruhannya, kira-kira 32 parti bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Pusat mengundi dibuka pada jam 7.00 pagi (0400 GMT) dan tutup pada jam 7.00 malam waktu tempatan.

Pembentukan pemerintah di bawah Encik Mitsotakis dilihat hampir pasti berdasarkan sistem pilihan raya Greece, di mana parti yang memperoleh undian tertinggi akan menerima tambahan sekurang-kurangnya 20 kerusi dalam Parlimen.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita