Skip to main content

Dunia

Rakyat Finland keluar mengundi pemerintah baru pada 2 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Finland keluar mengundi pemerintah baru pada 2 Apr

(Gambar: Jonathan Nackstrand/AFP)

ANKARA: Rakyat Finland akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada Ahad (2 Apr) dengan memilih 200 wakil rakyat yang akan membentuk pemerintah baru. 

Seramai 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan negara Nordik itu yang hanya mempunyai satu dewan perundangan, lapor Agensi Anadolu.

Setiap warganegara Finland yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi. 

Sekitar 2,000 pusat mengundi disediakan dan dibuka antara pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam waktu tempatan.

Pengesahan keputusan pilihan raya akan diumumkan pada Rabu (5 Mac). 

Pemerintah semasa diketuai oleh Perdana Menteri Sanna Marin dari Parti Demokratik Sosial, dengan gabungan empat parti lain – Parti Pusat, Liga Hijau, Perikatan Kiri dan Parti Rakyat Sweden.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita