Skip to main content

Dunia

Rakyat dipelawa meriahkan Rumah Terbuka M'sia Madani

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat dipelawa meriahkan Rumah Terbuka M'sia Madani

Gambar: Pejabat Perdana Menteri M'sia

Diterbitkan : 24 Apr 2023 09:56AM
KUALA LUMPUR: Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan dimulakan di Kedah pada Sabtu (29 Apr) sebelum ke lima negeri lagi.

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil berkata rumah terbuka di Kedah akan diadakan di Hotel Raia di Alor Setar dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei dan Dewan Majlis Bandaraya Seremban di Negeri Sembilan, esoknya.

"Penganjuran rumah terbuka di kedua-dua negeri akan berlangsung dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang," menurut Fahmi dalam kenyataan pada Ahad (23 Apr).

Beliau berkata bagi penganjuran di Kelantan, ia akan diadakan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Katanya rumah terbuka di kedua-dua negeri akan diadakan dari pukul 7.00 malam hingga pukul 10.30 malam.

Encik Fahmi berkata kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam.

"Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk kita saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita," kata beliau.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita