Skip to main content

Dunia

Rakyat Bangladesh keluar mengundi hari ini; sedang tahap keselamatan terus dipertingkat

Rakyat Bangladesh keluar mengundi hari ini (30 Dis) dalam pilihan raya yang dicemari keganasan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Dec 2018 05:47PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:31PM

DHAKA: Rakyat Bangladesh keluar mengundi hari ini (30 Dis) dalam pilihan raya yang dicemari keganasan.

Dua orang mati dalam keganasan-keganasan berkaitan pilihan raya.

Seorang terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke arah para aktivis dari parti pembangkang.

Sekitar 104 juta orang layak mengundi untuk memilih 300 wakil rakyat.

Langkah keselamatan sudah dipertingkat menyusuli kempen seminggu yang dicemari keganasan dan dakwaan berlaku tindakan kekerasan terhadap golongan aktivis pembangkang

Sekitar 40,000 anggota keselamatan dikerah di merata negara itu.

Perdana Menteri Sheikh Hasina diramal mempunyai peluang besar untuk kekal berkhidmat bagi penggal ketiga berturut-turut dan dengan mudah mengalahkan penentangnya, Khaleda Zia, yang masih dipenjara.

Pembangkang utama, Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) memulakan pilihan raya kerana mendakwa ia tidak bebas dan adil.

Parti Liga Awami pimpinan Cik Hasina menjanjikan ekonomi dan pembangunan yang lebih baik.

Namanya juga dijulang kerana membantu melindungi pelarian Rohingya yang lari dari kekejaman tentera Myanmar.

Di bawah pimpinannya Bangladesh menikmati pertumbuhan ekonomi selama sedekad.

Golongan penentang bagaimanapun menuduhnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, melanggar prinsip demokrasi serta perlembagaan.

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita