Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Australia keluar mengundi 18 Mei selepas PM Scott Morrison bubar parlimen

Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengisytiharkan hari mengundi bagi pilihan raya umum negara itu pada 18 Mei sekali gus memulakan kempen yang lebih tertumpu kepada iklim dan ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2019 07:50AM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 08:44PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengisytiharkan hari mengundi bagi pilihan raya umum negara itu pada 18 Mei sekali gus memulakan kempen yang lebih tertumpu kepada iklim dan ekonomi.

"Kita hidup dalam negara terbaik di dunia," kata Morrison ketika membuat pengumumannya sambil berhujah "masa depan kita bergantung kepada sebuah ekonomi yang kukuh."

Pengumuman tersebut dengan rasminya menandakan permulaan kempen bagi memutuskan sama ada pemerintah konservatif dapat terus berkhidmat bagi penggal ketiga yang jarang berlaku dan sama ada Morrison mampu mengatasi ketidakmungkinan dan mengekalkan kuasanya.

Tinjauan secara konsisten menunjukkan pihak pembangkang daripada Parti Buruh berhaluan kiri mendahului dengan jumlah yang sukar ditandingi, membayangkan sebuah pemerintah baru - dipimpin oleh mantan pemimpin kesatuan Bill Shorten.

Namun, pilihan raya umum Australia lazimnya sengit dengan berpuluh-puluh kerusi menjadi penentu dan kedua-dua pemimpin parti mempunyai rating sokongan yang rendah.

Tempoh berkempen sudah pun berjalan dengan baik meskipun dalam keadaan sengit.

Kempen pilihan raya umum berlarutan selama berminggu-minggu dan - seperti Amerika Syarikat - politik Australia kini lebih tertumpu kepada bagaimana dasar-dasar menambat hati para pengundi serta betapa baik ia dapat dilaksanakan.

Isu ekonomi, cukai, ketidaksamarataan dan perubahan iklim dijangka akan dibangkitkan semasa kempen pilihan raya.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan