Rakyat Australia digesa bekerja dari rumah; gelombang musim sejuk Omicron dijangka bebankan hospital
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Rakyat Australia yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 mencecah paras rekod pada Rabu (20 Jul) sedang pihak berkuasa menggesa syarikat-syarikat perniagaan supaya membenarkan para pekerja bekerja dari rumah.
Pihak berkuasa Australia juga menyarankan orang ramai untuk memakai pelitup di tempat tertutup dan mendapatkan suntikan penggalak secepat mungkin ketika penularan yang semakin teruk.
Australia kini di ambang gelombang ketiga Omicron yang disebabkan oleh penularan subvarian baru BA.4 dan BA.5 yang mudah berjangkit.
Lebih 300,000 kes dicatatkan dalam masa tujuh hari yang lalu. Pihak berkuasa turut memberikan amaran bahawa jumlah sebenar mungkin seganda lebih tinggi.
50,000 kes yang dicatatkan pada Selasa (19 Jul) adalah yang tertinggi dalam masa dua bulan.
Kira-kira 5,300 rakyat Australia kini dirawat di hospital akibat jangkitan COVID-19.
Jumlah tersebut tidak jauh daripada paras rekod 5,390 yang dicatatkan pada Januari berikutan penularan subvarian BA.1, menurut data rasmi negara itu.
Jumlah pesakit di wilayah Queensland, Tasmania dan Australia Barat sudah berada pada tahap tertinggi sejak pandemik melanda.
Ketua Pegawai Perubatan Australia, Paul Kelly bagaimanapun tidak memberikan saranan untuk menguatkuasakan semula peraturan memakai pelitup dan sekatan-sekatan COVID-19 yang lain.

Pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa kelengahan penduduk mendapatkan suntikan dos penggalak boleh memburukkan lagi krisis kesihatan negara itu.
Sejauh ini, 95 peratus individu berumur 16 tahun ke atas sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.
Ia berhasil membantu mengekalkan jumlah kes COVID-19 Australia pada paras bawah 9 juta dan kematian sebanyak 10,845 adalah jauh lebih rendah berbanding banyak negara lain.
Namun hanya 71 peratus penduduk sudah menerima lebih daripada tiga dos suntikan vaksin.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.