Rakyat Amerika mengundi presiden baharu hari ini, sukar ramal siapa bakal menang
Anggaran Waktu Membaca:
Calon Democrat, Kamala Harris (kanan) dan calon Republican, Donald Trump. (Gambar fail: AP)
WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi bagi memilih Presiden mereka yang baharu pada Selasa (5 Nov).
Ia menyaksikan persaingan sengit antara calon Parti Republican dan mantan Presiden Donald Trump serta calon Parti Democrat dan Naib Presiden Kamala Harris.
Seramai 230 juta orang layak mengundi tetapi hanya kira-kira 160 juta yang telah mendaftar untuk mengundi.
Namun hampir separuh daripada 50 wilayah Amerika membenarkan pendaftaran dilakukan pada hari mengundi manakala di North Dakota, rakyat Amerika boleh mengundi tanpa perlu mendaftar dahulu.
Tinjauan-tinjauan pendapat menunjukkan Cik Harris dan Encik Trump terus bersaing sengit.
Jika Cik Harris menang, beliau akan menjadi Presiden wanita pertama Amerika.
Bagaimanapun, jumlah undi yang paling banyak diperoleh dalam pilihan raya yang diadakan setiap empat tahun sekali itu bukan penentu seseorang calon telah memenangi jawatan Presiden AS.
Sebanyak 538 diperuntukkan untuk undi perwakilan di negara itu.
Pada kebiasaannya, mereka diberikan kepercayaan untuk mengundi calon Presiden AS yang memenangi undi paling banyak di sesebuah negeri.
Negeri California yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai di negara itu akan mempunyai bilangan pengundi perwakilan seramai 54 orang manakala Texas pula ialah 40 orang dan Florida serta New York masing 30 serta 28 orang.
Negeri yang kurang penduduk iaitu Alaska, Delware, Vermont dan Wyoming pula masing-masing mempunyai jumlah minimum tiga pengundi dalam badan perwakilan pemilih (Electoral College).
Seseorang calon memerlukan 270 undi perwakilan untuk memenangi jawatan Presiden AS.
Pada kebiasaannya, keputusan undi itu boleh diketahui secara tidak rasmi selepas undi popular sesebuah negeri diketahui.
Setakat 4 November, lebih 78 juta pengundi berdaftar telah keluar mengundi awal dalam pilihan raya Presiden negara itu.
Pilihan raya sebelumnya mencatat rekod dari segi jumlah pengundi awal - lebih 101 juta orang yang mengundi melalui pos atau secara bersemuka sebelum hari pilihan raya, kebanyakannya disebabkan pandemik COVID-19.
Ketika itu, calon Republican Donald Trump, menuduh pihak Democrat melakukan penipuan disebabkan jumlah undian pos yang tinggi.
Namun, dalam kitaran pilihan raya kali ini, mantan Presiden itu turut menggesa penyokongnya untuk ke pusat pengundian lebih awal. Presiden semasa, Joe Biden, juga telah mengundi dalam pilihan raya ini.
Selain Presiden, para pengundi juga perlu memilih kesemua 435 anggota Dewan Perwakilan dan 34 anggota Dewan Senat yang dipertandingkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.