Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Afghanistan sambut Aidilfitri di tengah kawalan keselamatan ketat

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Afghanistan sambut Aidilfitri di tengah kawalan keselamatan ketat

Seorang pegawai keselamatan Taliban berdiri di pekarangan Masjid Abdul Rahman di Kabul sambil umat Islam tiba untuk menunaikan solat Aidilfitri pada 21 April 2023. (Gambar: Ahmad Sahel Arman/AFP)

KABUL: Rakyat Afghanistan menyambut Aidilfitri dan menunaikan solat Aidilfitri pada Jumaat (21 Apr) di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat. 

Tiada insiden keselamatan dilaporkan dan pasukan keselamatan dikerahkan ke masjid-masjid dan kawasan-kawasan sensitif di negara yang dilanda peperangan itu untuk mematahkan sebarang ancaman keselamatan, lapor Xinhua. 

"Keadaan keselamatan agak baik dan saya berharap rakyat Afghanistan boleh meraikan cuti Aidilfitri selama tiga hari dalam persekitaran yang tenang," kata seorang penduduk Kabul, Fahim, kepada Xinhua selepas menunaikan solat Aidilfitri di sebuah masjid tempatan. 

Dalam khutbah Aidilfitri, selain mendoakan keamanan dan keselamatan di tanah air mereka yang miskin dan dilanda perang itu, ia turut menggesa pemerintah supaya mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kemiskinan di Afghanistan. 

Pemangku Menteri Dalam Negeri Khalifa Sirajuddin Haqqani dalam ucapannya pada malam Raya memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa pasukan polis akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keamanan dan keselamatan sepanjang cuti Aidilfitri selama tiga hari mulai Jumaat. 

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan