Skip to main content

Dunia

Rakyat Afghanistan guna media sosial untuk bantah larangan kaum wanita daripada hadiri universiti

Anggaran Waktu Membaca:
KABUL: Rakyat Afghanistan menyuarakan kemarahan di media sosial terhadap tindakan Taliban melarang kaum wanita daripada menghadiri universiti.
 
Mereka memuat naik catatan dengan tanda pagar 'LetHerLearn' sebagai satu-satunya cara bagi rakyat Afghanistan untuk menentang pemerintah Taliban.

Mahasiswa yang terjejas meluahkan kekecewaan mereka di Twitter dan Facebook terhadap pengumuman tentang larangan tersebut pada Selasa (20 Dis) lalu.

Larangan itu berkuat kuasa kurang tiga bulan setelah beribu-ribu gadis Afghanistan menduduki peperiksaan kelayakan universiti di merata negara.

Rakaman-rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan mahasiswa wanita menangis di luar pekarangan universiti setelah dilarang masuk oleh para pengawal Taliban bersenjata.

Ada juga pengguna yang menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan sekumpulan mahasiswa perubatan lelaki keluar dari dewan peperiksaan di Universiti Nangarhar, sebagai tanda simpati kepada rakan-rakan wanita sebaya.
Sumber : AGENCIES/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita