Skip to main content

Dunia

'Raja Tuna' Jepun bayar AS$1.8 juta dapatkan tuna 276 kg

Ahli perniagaan sushi Jepun yang diberi gelaran ‘Raja Tuna’, membeli tuna gergasi pada harga AS$1.8 juta ($$2.43 juta) pada acara lelongan Tahun Baru di pasar ikan utama di ibu kota Jepun itu hari ini (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
'Raja Tuna' Jepun bayar AS$1.8 juta dapatkan tuna 276 kg

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Jan 2020 07:04PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 07:08PM

TOKYO: Ahli perniagaan sushi Jepun yang diberi gelaran ‘Raja Tuna’, membeli tuna gergasi pada harga AS$1.8 juta ($$2.43 juta) pada acara lelongan Tahun Baru di pasar ikan utama di ibu kota Jepun itu hari ini (5 Jan).

Kiyoshi Kimura, pengendali rangkaian restoran sushi yang cukup berjaya, membayar 193 juta yen untuk membeli tuna sayap biru seberat 276 kilogram, yang ditangkap di wilayah Aomori di utara Jepun.

“Ini yang terbaik," kata Kimura kepada wartawan selepas lelongan sebelum sunuh itu.

"Memang ia mahal kan? Saya mahu pelanggan kami makan yang amat sedap tahun ini juga,” tambahnya.

Kimura yang mesra media itu kerap membayar harga mahal pada lelongan pertama tahun baru di pasar ikan utama di Tokyo, menjadikan beliau dan perniagaannya mendapat liputan berita setiap musim tahun baru.

Pada acara tahun lalu, Kimura membayar harga rekod AS$3.1 juta (S$4.18 juta) bagi tuna seberat 278 kilogram.

Acara lelongan tradisi itu kini diadakan di pasar baru di kawasan dinamakan Toyosu.

Pasar terkenal dunia, Tsukiji, yang sudah lama menjadi daya tarikan pelancong di kawasan yang sesak dengan restoran dan kedai, ditutup pada 2018. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita