Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin daripada 8 tahun kepada setahun

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin daripada 8 tahun kepada setahun

(Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 01 Sep 2023 05:52PM Dikemas Kini : 01 Sep 2023 05:54PM
BANGKOK: Raja Thailand mengurangkan hukuman penjara mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun, menurut Warta Istana pada Jumaat (1 Sep), sehari selepas hartawan itu mengemukakan permohonan pengampunan diraja.

Mantan perdana menteri berusia 74 tahun itu kembali ke Thailand minggu lalu selepas 15 tahun hidup dalam buangan untuk mengelak hukuman penjara.

Encik Thaksin dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan konflik kepentingan dan salah guna kuasa semasa memerintah.

Beliau dipindahkan dari penjara ke hospital pada malam pertama ditahan atas kebimbangan berhubung tekanan darah dan sakit dada.

Beliau mengemukanan permohonan pengampunan diraja pada Khamis (30 Ogos).

Menurut Warta Istana tersebut, Encik Thaksin disifatkan “telah melakukan kebaikan buat negara dan rakyat” serta “setia kepada raja”.

“Beliau menghormati proses, mengakui kesalahannya, menginsafi, menerima keputusan mahkamah. Kini, beliau sudah tua dan mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan oleh ahli perubatan profesional," tulis warta tersebut.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan