Raja Thailand isytihar 'sayang' rakyat, Thailand "negara bertolak ansur"
Raja Maha Vajiralongkorn berkata beliau 'sayang' para penunjuk perasaan dan menyifatkan negaranya sebagai "negara bertolak ansur".
Seorang penyokong sistem perlembagaan beraja Thailand adakan tunjuk perasaan di Bangkok pada 21 Okt 2020 (Gambar: Reuters)
THAILAND: Raja Maha Vajiralongkorn berkata beliau 'sayang' para penunjuk perasaan dan menyifatkan negaranya sebagai "negara bertolak ansur".
Beliau membuat kenyataan itu dalam wawancara eksklusif bersama dua rangkaian media asing semasa melakukan lawatan bertemu rakyat di ibu kota Bangkok malam semalam (1 Nov).
Ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi pihak media dan rakyat berada amat dekat dengan Raja Thai.
Kenyataan beliau itu yang pertama sejak bantahan anti kerajaan bermula pada pertengahan Julai lalu.
Para penunjuk perasaan menuntut perubahan kepada sistem beraja Thai selain mendesak Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, meletak jawatan dan dirombak Perlembagaan Negara agar lebih demokratik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.