Raja Thai perkenan kabinet baru susuli pilihan raya Julai yang dipertikai
Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn mengesahkan kabinet pemimpin awam yang dipimpin Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha menyusuli pilihan raya umum yang diadakan pada 24 Mac, menurut Warta Kerajaan pada Rabu (10 Jul).
BANGKOK: Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn mengesahkan kabinet pemimpin awam yang dipimpin Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha menyusuli pilihan raya umum yang diadakan pada 24 Mac, menurut Warta Kerajaan pada Rabu (10 Jul).
Pengesahan tersebut menyusuli rundingan selama beberapa minggu setelah Encik Prayuth dipilih oleh senator dan penggubal dasar yang dilantik pihak tentera dalam pilihan raya yang disifatkan para pembangkang sebagai tidak telus.
Prayuth juga ditabalkan sebagai Menteri Pertahanan. Jawatan Menteri Kewangan pula disandang Uttama Savanayana, ketua Parti Palang Pracharat yang disokong Encik Prayuth.
Encik Uttama menerajui portfolio perusahaan semasa pemerintahan tentera dan sebelum ini memegang beberapa jawatan dalam sektor privet.
Para penyokong setia Encik Prayuth termasuk Prawit Wongsuwan, Somkid Jatusripitak dan Wissanu Krea-ngam kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mantan timbalan pemimpin pemerintahan tentera Anupong Paochinda mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.
Bagaimanapun Encik Prayuth turut berkongsi beberapa portfolio penting ekonomi dengan parti-parti politik lain dalam perikatan pemerintahnya yang terdiri daripada 19 parti.
Parti Demokrat memegang kementerian pertanian dan perusahaan, manakala Parti Bhumjaithai menerajui portfolio kesihatan, pengangkutan dan pelancongan.
Penganalisis politik dari Universiti Rangit, Wanwichit Boonprong, berkata bahawa beliau tidak puas hati dengan pilihan barisan pemimpin yang tampak seperti bertujuan menganugerahkan penyokong politik berbanding memastikan orang paling layak yang menggalas jawatan.
"Ini adalah lebih kepada memenuhi kepentingan parti berbanding memilih orang paling layak bagi jawatan sewajarnya," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.