Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Saudi perintah rombakan kerajaan susuli pembunuhan Khashoggi

Raja Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan satu rombakan besar-besaran ke atas kerajaan negara itu pada Khamis (27 Dis), menggantikan pegawai keselamatan utama dan tokoh-tokoh politik termasuk menteri luar negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Dec 2018 10:25AM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 10:40PM

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan satu rombakan besar-besaran ke atas kerajaan negara itu pada Khamis (27 Dis), menggantikan pegawai keselamatan utama dan tokoh-tokoh politik termasuk menteri luar negara tersebut. Ini sedang kerajaan negara itu bergelut dengan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.

Rombakan mengejut itu turut menyaksikan pelantikan Ketua Pengawal Negara yang baru dan seorang ketua agensi angkasa. Sungguhpun demikian, kementerian tenaga dan kewangan tidak terjejas meskipun negara itu sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Rombakan itu bagaimanapun tidak menjejas kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman, bakal pemimpin Saudi yang menarik perhatian antarabangsa atas pembunuhan wartawan Khashoggi pada 2 Oktober yang mengakibatkan kerajaan itu mengalami salah satu krisis terburuk.

Encik Ibrahim al-Assaf, mantan menteri kewangan yang ditahan tahun lalu dalam satu kempen antirasuah yang dijalankan, akan menggantikan Encik Adel al-Jubeir sebagai menteri luar, menurut dekri diraja.

Encik Jubeir diturunkan pangkat ke menteri negara ehwal luar, menurut dekri tersebut yang turut menambah tanpa menjelaskan motif di sebalik perubahan itu, kerana kedudukan diplomatik kerajaan itu kelihatan tergugat selepas terbongkar kes pembunuhan Khashoggi.

Sementara itu, Putera Abdullah bin Bandar dinamakan sebagai ketua Pengawal Negara dan Encik Musaed al-Aiban dilantik sebagai penasihat keselamatan negara yang baru.

Rombakan tersebut akan membantu putera mahkota untuk "mengukuhkan kuasanya" kerana ramai yang dinaikkan pangkat adalah "sekutu utamanya", menurut Encik Ali Shihabi, ketua kumpulan pemikir The Arabia Foundation.

Perubahan-perubahan lain termasuk Encik Turki al-Shabanah yang dilantik sebagai menteri penerangan yang baru, menggantikan Encik Awwad al-Awwad - yang dinamakan sebagai penasihat mahkamah diraja.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan