Skip to main content

Dunia

Raja Salman taja 1,000 jemaah dari seluruh dunia tunai umrah

Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meluluskan kedatangan 1,000 jemaah umrah lelaki dan wanita dari seluruh dunia atas perbelanjaan peribadi beliau di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Salman taja 1,000 jemaah dari seluruh dunia tunai umrah

(Gambar: Kementerian Haji dan Umrah Saudi)

Diterbitkan : 24 Jun 2026 11:13PM Dikemas Kini : 24 Jun 2026 11:14PM
  • Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menaja 1,000 jemaah umrah lelaki dan wanita dari seluruh dunia melalui Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci.
  • Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, melibatkan empat fasa sepanjang tahun 1448 Hijrah.
  • Kumpulan pertama terdiri daripada 250 peserta dari 16 negara Asia, termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura.
  • Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan persaudaraan umat Islam dan membina hubungan dengan cendekiawan serta tokoh Islam global.
Dijana oleh AI
RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meluluskan kedatangan 1,000 jemaah umrah lelaki dan wanita dari seluruh dunia atas perbelanjaan peribadi beliau di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Inisiatif itu dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan.

Kumpulan pertama di bawah program itu, yang akan dijalankan dalam empat fasa sepanjang tahun 1448 Hijrah, turut terdiri daripada 250 orang dari 16 negara Asia termasuk Indonesia, Timor-Leste, Filipina, Malaysia, Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos, Singapura, China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Mongolia.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta Penyelia Am program Syeikh Dr Abdullatif Al Alsheikh merakamkan ucapan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota atas penjagaan dan komitmen berterusan mereka untuk berkhidmat kepada Islam dan umat Islam, serta usaha berterusan mereka yang membolehkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan umrah dan melawat tanah suci dengan tenang.

Beliau berkata inisiatif itu mencerminkan dedikasi kepimpinan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dalam kalangan umat Islam dan menggariskan misi kemanusiaan serta keagamaan Kerajaan Arab Saudi untuk membina jambatan komunikasi dengan para cendiakawan, ulama dan tokoh berpengaruh di seluruh dunia Islam.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita