Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Salman seru solat hajat mohon hujan seluruh Saudi

Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman pada Jumaat (10 Dis) mengumumkan  solat hajat bagi memohon hujan didirikan di seluruh Arab Saudi esok (13 Dis), lapor Saudi Press Agency.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Salman seru solat hajat mohon hujan seluruh Saudi

Madinah di Arab Saudi. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 12 Dec 2021 09:46PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 09:49PM

RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman pada Jumaat (10 Dis) mengumumkan solat hajat bagi memohon hujan didirikan di seluruh Arab Saudi esok (13 Dis), lapor Saudi Press Agency.

Kenyataan Diraja sudahpun dikeluarkan mengikut sunnah Nabi Muhammad untuk menunaikan solat hajat bagi memohon hujan.

Kenyataan itu juga merayu agar setiap rakyat bertaubat dan meminta pengampunan daripada Tuhan serta melipatgandakan amal ibadah seperti membantu orang lain, bersedekah dan bersembahyang. Ia juga menekankan agar doa dipanjatkan mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan sudahpun menetapkan waktu solat itu, ditunaikan 15 minit selepas matahari terbit di semua wilayah Saudi, dengan komitmen untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan