Raja Salman, Putera Mahkota ucap Salam Ramadan kepada pemimpin negara Islam
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al‑Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pemimpin negara‑negara Islam sempena pengumuman bermulanya bulan suci Ramadan.
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al‑Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pemimpin negara‑negara Islam sempena pengumuman bermulanya bulan suci Ramadan.
Mahkamah Agung Arab Saudi pada Selasa (17 Feb) mengumumkan bahawa anak bulan Ramadan sudah kelihatan dan menetapkan permulaan bulan suci itu pada Rabu.
Raja Salman dan Putera Mahkota kemudian menzahirkan ucapan tersebut dengan menyampaikan penghargaan atas doa serta ucapan baik yang diterima.
Kedua-dua pemimpin itu turut berdoa agar Ramadan membawa kebaikan, keberkatan, serta keamanan dan kestabilan yang berkekalan kepada seluruh negara Islam.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.