Skip to main content

Dunia

Raja Salman pecat 2 anggota keluarga diraja, sejumlah pemimpin tinggi tentera atas tuduhan rasuah

Raja Salman bagi Arab Saudi memecat dua orang anggota keluarga diraja dan beberapa pemimpin tertinggi tentera termasuk Panglima Tentera Bersama Saudi Putera Fahad Bin Turki, atas tuduhan rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Salman pecat 2 anggota keluarga diraja, sejumlah pemimpin tinggi tentera atas tuduhan rasuah

(Gambar fail)

Diterbitkan : 01 Sep 2020 05:17PM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 05:21PM

RIYADH: Raja Salman bagi Arab Saudi memecat dua orang anggota keluarga diraja dan beberapa pemimpin tertinggi tentera termasuk Panglima Tentera Bersama Saudi Putera Fahad Bin Turki, atas tuduhan rasuah.

Turut dipecat anak lelaki Putera Fahad, Putera Abdulaziz Bin Fahad yang pernah menyandang jawatan Timbalan Amir wilayah Al Jouf, di utara Saudi.

Menurut perintah Raja Salman, dua orang putera itu dipecat bersama empat pegawai tentera Saudi yang sedang menjalani siasatan berhubung kegiatan rasuah dalam kementerian pertahanan Saudi.

Putera Fahad sebelum ini pernah memimpin operasi tentera pimpinan Saudi di Yaman.

Menurut para pengamat politik, pemecatan tersebut mencerminkan petanda jelas usaha kerajaan Saudi memerangi rasuah.

Mac lalu, 298 pegawai Saudi sudah ditangkap atas tuduhan rasuah.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita