Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Salman masuk hospital

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Raja Arab Saudi yang berusia 86 tahun, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian perubatan, lapor media negara itu pada Ahad (8 Mei).

Penjaga Dua Kota Suci itu dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah pada Sabtu untuk "menjalani beberapa pemeriksaan perubatan" menurut laporan rasmi merujuk kepada kenyataan dari istana diraja. Bagaimanapun ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan pemimpin tersebut.

Raja Salman menjalani pembedahan kerana masalah hempedu bengkak pada 2020.

Pada Mac lalu, beliau dimasukkan ke hospital bagi menggantikan bateri pada alat perentak jantungnya.

Pada 2017, Arab Saudi menolak laporan dan spekulasi yang semakin meningkat bahawa Raja Salman merancang untuk turun takhta demi anaknya Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sebagai kerajaan de facto negara itu.

Di bawah pemerintahannya, Arab Saudi melancarkan pembaharuan ekonomi bagi era pasca minyak dan memberikan lebih banyak hak kepada wanita, sambil melaksanakan dasar luar yang lebih tegas termasuk melancarkan perang di negara jiran Yaman.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan