Raja Salman luah harapan agar Aidilfitri tahun ini bawa kemantapan di Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
Raja Salman Abdulaziz al Saud. (Gambar: Bernama)
JEDDAH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman menyuarakan harapan agar Aidilfitri tahun ini akan membawa kemantapan dan keselamatan di Timur Tengah serta dunia.
Raja Salman berkata demikian dalam utusannya kepada warga dan penduduk Arab Saudi serta umat Muslim di seluruh dunia dalam ucapan yang disampaikan oleh Menteri Media Salman Al-Dossary pada Khamis (20 Apr), lapor Saudi Gazette.

Dalam ucapan tersebut, Raja Salman menarik perhatian bahawa kedua-dua masjid suci telah memastikan jutaan jemaah Umrah dapat melakukan ibadah mereka dengan mudah dan selesa semasa bulan Ramadan.
Sementara itu, Raja Salman dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Mohammed Bin Salman mengirimkan ucapan sempena Aidilfitri kepada beberapa Raja, ketua wilayah dan para pemimpin negara-negara Islam sehari sebelum sambutan Aidilfitri di Arab Saudi, lapor agensi berita Saudi Gazette.
Mereka berkongsi harapan agar sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan membawa lebih banyak kemajuan dan rahmat kepada negara-negara Islam di seluruh dunia.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.