Raja Salman hadiahkan 1 juta Al-Quran bagi jemaah Haji

(Gambar: Agensi berita)
MAKKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi pada Isnin (11 Jul) mula mengagihkan sebanyak sejuta salinan Al-Quran sebagai hadiah daripada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kepada jemaah yang meninggalkan negara itu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Pelabuhan Laut Islam, serta pusat-pusat darat dan udara yang lain.
Hadiah itu turut diberikan kepada pegawai kerajaan yang bertugas sepanjang musim Haji tahun ini, lapor Saudi Gazette.
Dalam satu pengumuman, kementerian tersebut menyatakan hadiah tersebut yang merupakan sebahagian daripada pelaksanaan arahan kerajaan untuk terus menjaga buku suci Islam, diterbitkan di Kompleks Percetakan Raja Fahd di Madinah dalam pelbagai saiz dan terjemahan dalam 76 bahasa antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.