Skip to main content

Dunia

Raja Norway, Raja Harald, meninggal dunia pada usia 89 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
 Raja Norway, Raja Harald, meninggal dunia pada usia 89 tahun

Raja Norway, Raja Harald, pada 14 Feb 2024. (Gambar fail: NTB/Cornelius Poppe via Reuters)

Diterbitkan : 28 Aug 2026 04:21PM Dikemas Kini : 28 Aug 2026 04:23PM
  • Raja Harald, Raja Norway yang bertakhta sejak 1991, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital Universiti Oslo akibat jangkitan bakteria dalam darah.
  • Baginda merupakan raja tertua di Eropah yang masih bertakhta dan dikenali sebagai tokoh reformasi selepas lama berada di bawah bayangan ayahnya.
  • Pada tahun 2024, Raja Harald pernah dimasukkan ke hospital di Malaysia semasa bercuti dan menerima alat perentak jantung sebelum diterbangkan pulang ke Norway.
  • Walaupun mengurangkan penglibatan dalam acara rasmi, baginda menegaskan tidak akan turun takhta kerana ikrar sebagai raja adalah seumur hidup.
Dijana oleh AI
OSLO: Raja Norway, Raja Harald, seorang tokoh reformasi yang berjaya membina reputasinya sendiri selepas bertahun-tahun berada di bawah bayangan ayahnya yang disayangi ramai dan peramah sepanjang lebih tiga dekad bertakhta, meninggal dunia pada Jumaat pada usia 89 tahun, menurut istana diraja, bertepatan dengan waktu keluarga diraja Norway sedang berdepan pelbagai krisis.

"Raja Harald meninggal dengan tenang di Hospital Universiti Oslo pada Jumaat, 28 Ogos, 6.35 pagi (waktu tempatan)," kata istana diraja menerusi laman rasminya.

Raja Harald, yang merupakan raja tertua di Eropah yang masih bertakhta, dimasukkan ke hospital pada 17 Ogos. Pihak istana menyatakan bahawa beliau sedang dirawat berikutan jangkitan bakteria dalam darah.

Pada tahun 2024, beliau pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman semasa bercuti di Malaysia dan menerima alat perentak jantung sementara di sebuah hospital di sana. Beliau kemudian diterbangkan pulang ke tanah air oleh angkatan tentera Norway sebelum dipasang dengan peranti yang kekal.

Pada tahun yang sama, Raja Harald, yang menjadi ketua negara beradat bagi Norway sejak tahun 1991, menyatakan beliau akan mengurangkan jumlah pelibatan dalam acara rasmi tetapi menolak kemungkinan untuk turun takhta, sambil menegaskan bahawa ikrar beliau sebagai raja adalah untuk seumur hidup.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita