Raja Maghribi lawat mangsa gempa, derma darah sebagai isyarat perpaduan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram)
KUALA LUMPUR: Raja Maghribi Mohammed VI melawat mangsa gempa bumi yang cedera di Hospital Universiti "Mohammed VI" di Marrakesh pada Selasa (12 Sep) selain mendermakan darah beliau buat pesakit berikutan gempa bumi Al-Haouz yang melanda negara itu Jumaat lalu (8 Sep).
Menurut kiriman mesej yang dikongsi oleh kedutaan Maghribi melalui aplikasi WhatsApp di Kuala Lumpur, beliau bertanyakan tentang keadaan mangsa yang cedera dalam lawatan itu.
"Inisiatif diraja ini memberikan sokongan moral yang besar kepada mangsa tercedera dan keluarga mereka, yang memperkuat pelbagai inisiatif dan langkah-langkah yang diambil, selaras dengan Arahan Diraja Tinggi untuk menyelamatkan, membantu, dan menyokong mereka yang terjejas akibat gempa bumi," tulis pesanan itu.
Kira-kira 2,171 mangsa telah dimasukkan ke hospital di wilayah Marrakesh-Safi, termasuk 484 cedera parah manakala 1,570 lagi cedera ringan. Sebanyak 248 daripada mereka masih dirawat di hospital.
Semasa lawatan itu, Raja Mohammed VI turut menderma darahnya, satu isyarat yang menyatakan solidariti atau perpaduan penuh dan belas kasihan kepada rakyat semasa ditimpa kesusahan dan musibah.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (11 Sep), Kementerian Dalam Negeri Maghribi berkata angka korban akibat gempa bumi yang menggegarkan negara Afrika Utara itu pada lewat Jumaat telah meningkat kepada 2,854 orang.
Ia adalah gempa bumi paling dahsyat melanda Maghribi sejak seabad lalu, menurut Institut Geofizik Kebangsaannya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.