Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Raja Jin' direman 14 hari

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'Raja Jin' di sebuah surau sekitar kawasan hutan simpan Bukit Bauk di Terengganu, direman 14 hari bermula hari ini (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
'Raja Jin' direman 14 hari

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 19 Feb 2020 04:59PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 05:02PM

DUNGUN: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'Raja Jin' di sebuah surau sekitar kawasan hutan simpan Bukit Bauk di Terengganu, direman 14 hari bermula hari ini (19 Feb).

Perintah reman ke atas suspek berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Hazwani Husin Bustari, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Penagihan Dadah 1983.

Suspek juga akan dibawa ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Besut.

Semalam, lelaki tersebut ditahan polis di sebuah surau di kawasan hutan simpan Bukit Bauk pada 3.20 petang, dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata lelaki itu menjadikan surau berkenaan sebagai tempat tinggal dan kehadirannya mula menimbulkan kegusaran kepada orang awam yang ingin singgah solat atau beriadah, di sekitar kawasan hutan simpan itu, apabila dia menghiasi kawasan sekitar serta bahagian dalam surau dengan kain kuning dan pelbagai lagi simbol, serta perhiasan.

Katanya siasatan mendapati Oktober lepas, lelaki itu ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor, sebelum disahkan menghidap penyakit berkaitan mental.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan