Raja Charles zahir ucapan takziah atas banjir Asia Selatan, Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban menyusuli bencana ribut yang melanda Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Istana Diraja Britain, Raja Charles berkata bahawa beliau dan Permaisuri Camilla prihatin terhadap semua yang terjejas, sambil memohon agar setiap masyarakat yang ditimpa musibah di India, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Vietnam dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
"Doa dan ingatan kami bersama mereka yang kehilangan tempat tinggal serta semua yang sedang menanti khabar mengenai orang tersayang yang masih belum ditemui.
"Kami hanya dapat membayangkan betapa besarnya kemusnahan dan kesedihan yang ditanggung oleh mereka yang kehidupannya terjejas," kata Raja Charles pada Isnin (1 Dis).
Raja Charles turut menegaskan bahawa siri bencana ini mengingatkan dunia tentang keperluan mendesak untuk memulihkan keseimbangan dan keharmonian alam.
Dalam perutusan yang sama, Raja Charles turut merakamkan penghargaan kepada para anggota pasukan penyelamat serta semua yang menyalurkan bantuan di lapangan.
"Ketika usaha pemulihan sedang diteruskan, kami menzahirkan penghormatan khusus kepada para penyelamat yang menunjukkan keberanian luar biasa, serta mereka yang menghulurkan bantuan penting dalam keadaan penuh kesukaran ini," kata Raja Charles.
Menurut laporan media antarabangsa, lebih 1,000 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia.

Sumber : Bernama/AW/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.