Raja Charles lucutkan gelaran, kehormatan diraja adiknya, Putera Andrew
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Putera Andrew, Duke of York, pada 7 Sep 2019. (Gambar: AFP/John Thys)
LONDON: Raja Britain, Raja Charles III, memulakan proses rasmi untuk melucutkan gelaran dan kehormatan diraja adiknya, Putera Andrew, menyusuli kontroversi berterusan yang mengaitkan beliau dengan pesalah seks, Jeffrey Epstein.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham pada Khamis (30 Okt), Raja Charles turut mengarahkan Putera Andrew untuk mengosongkan kediamannya di Royal Lodge, Windsor - iaitu kediaman mewah yang didiaminya sejak sekian lama.
“Putera Andrew kini akan dikenali sebagai Andrew Mountbatten-Windsor. Pajakan beliau di Royal Lodge yang sebelum ini memberikan perlindungan undang-undang untuk terus menetap di sana, kini ditamatkan secara rasmi dan beliau akan berpindah ke kediaman persendirian lain,” menurut kenyataan itu.
Difahamkan, Putera Andrew akan berpindah ke salah satu hartanah milik peribadi Raja Charles di Estet Sandringham.
Perpindahan itu akan dibiayai oleh Raja Charles sendiri dan dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Langkah tersebut diambil walaupun Putera Andrew terus menafikan semua dakwaan terhadapnya.
Namun, pihak istana berpandangan, terdapat “kesilapan besar dalam pertimbangan” yang dilakukan oleh beliau.
Tindakan itu diambil menyusuli penerbitan memoir anumerta Virginia Giuffre bertajuk 'Nobody’s Girl', yang sekali lagi mengaitkan Putera Andrew dengan dakwaan serangan seksual ketika beliau masih remaja.
Putera Andrew sebelum ini menafikan beliau mengenali Giuffre dan menolak semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Sumber turut memaklumkan bahawa Raja Charles tidak akan menggunakan Parlimen untuk melucutkan gelaran Duke of York secara rasmi, sebaliknya akan mengeluarkan waran diraja bagi membatalkan gelaran Duke of York, Inverness dan Killyleagh yang disandang Putera Andrew.
Kerajaan Britain difahamkan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan menyatakan sokongan terhadap langkah yang diambil oleh Raja Charles.
Sebelum ini, Putera Andrew dilaporkan menyerahkan beberapa gelaran dirajanya secara sukarela, namun tindakan itu tidak berjaya meredakan kemarahan umum, terutama selepas pendedahan mengenai bayaran penyelesaian berjuta-juta dolar kepada Giuffre pada 2022.
Kemarahan orang ramai turut memuncak apabila laporan media mendedahkan bahawa Putera Andrew hanya membayar 1 juta paun untuk Royal Lodge pada tahun 2003 dan hanya dikenakan sewa tahunan simbolik sejak itu.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.