Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Charles III diisytihar sebagai raja baru di upacara bersejarah

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Charles III diisytihar sebagai raja baru di upacara bersejarah

(Gambar: Jonathan Brady / POOL / AFP)

LONDON: Raja Charles III secara rasmi diisytiharkan sebagai raja baru Britain pada Sabtu (10 Sep) dalam satu upacara yang diiringi dengan tabik hormat bersenjata dan perisytiharan di London merentasi empat penjuru Britain.

Kemangkatan Ratu Elizabeth, 96 tahun, pada Khamis (8 Sep) selepas 70 tahun bertakhta memulakan upacara yang sudah lama disusun untuk hari berkabung dan persemadian negara yang akan diadakan dalam masa lebih seminggu.
Raja Charles juga menyatakan dalam ucapan sulungnya beliau memberi anugerah gelaran Putera Wales kepada anak sulungnya Putera William, 40 tahun.

Gelaran itu pernah disandang Raja Charles lebih 50 tahun dan secara tradisinya dipegang oleh pewaris takhta.

Isteri Putera William, Kate diberi gelaran Puteri Wales dan yang disandang oleh mendiang isterinya, Puteri Diana.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan