Skip to main content

Dunia

Raja Bomoh buat laporan polis, nafi upacara tolak musibah banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Bomoh buat laporan polis, nafi upacara tolak musibah banjir
Diterbitkan : 07 Jan 2022 09:03AM

TELUK INTAN: Individu bergelar Raja Bomoh tampil membuat laporan polis bagi menafikan upacara menolak musibah banjir, yang dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan, sebagai bertentangan dengan akidah.

Upacara itu tular di media sosialpada Rabu (5 Jan).

Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu (5 Jan) di Balai Polis Teluk Intan, menurut Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Adnan Basri mengesahkan sudah menerima laporan tersebut.

Menurutnya, lelaki berusia 71 tahun terbabit mengatakan perbuatannya itu hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk supaya tidak berlaku banjir, seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

"Laporan tersebut sudah pun dirujuk kepada pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut pihak mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Jan), menurut laporan Astro Awani.

Beliau berkata, polis sudah menerima laporan berhubung perbuatan individu berkenaan bersama seorang wanita dikenali 'Puteri Zaleha' pada pukul 4.30 petang Rabu (5 Jan).

Katanya, laporan tersebut juga sudah pun dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

Rakaman video selama 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' melakukan upacara tepung tawar yang dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

Menyusuli video tular itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam, menurut Sinar Harian lagi. 

Di bawah seksyen itu, mereka yang mempersenda akan amalan atau upacara berkaitan agama Islam merupakan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 (S$967) atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita