Skip to main content

Dunia

Raja Arab Saudi seru warga dunia bantu hentikan jenayah terhadap rakyat Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Arab Saudi seru warga dunia bantu hentikan jenayah terhadap rakyat Palestin

Raja Salman Abdulaziz al Saud. (Gambar: Bernama)

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan menghentikan jenayah serta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam ucapan yang disampaikan bagi pihaknya oleh Menteri Media Salman Al-Dosari menjelang Ramadan pada Ahad (10 Mac), Raja Salman berkata, penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin merobek hatinya.

Raja Salman turut menekankan keperluan koridor kemanusiaan yang selamat.

Dalam masa sama, Raja Salman menzahirkan kesyukuran atas keberkatanNya ke atas kerajaan yang menjaga dua masjid suci serta membenarkan, membangunkan dan melayani jutaan jemaah dan pengunjung.

Raja Salman tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada tentera Saudi yang ditempatkan di sempadan, semua anggota tentera dan keselamatan serta kakitangan sektor awam atas dedikasi mereka untuk berkhidmat kepada negara mereka.

Beliau juga berdoa semoga Allah melimpahkan kesejahteraan dan keberkatan kepada umat Islam dan seluruh dunia pada bulan Ramadan ini.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita