Rafizi terima ugutan video lucah bersama lelaki, diperas ugut AS$100,000
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki yang dikirim melalui satu emel tidak dikenali pada Jumaat (12 Sep), lapor BH Online.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata pengirim terbabit turut memeras ugut wang AS$100,000 (S$128,390) sekiranya tidak mahu video berkenaan disebarkan.
"Dia bagi petikan skrin video siap bagi kod QR kononnya untuk pindahkan wang.
"Petikan skrin video itu nampak seperti seorang lelaki di katil bilik dan setting (tetapan) kabur macam video yang pernah ada dahulu... cuma nampak macam muka saya ada di situ," katanya melalui kenyataan di media sosial pada Sabtu (13 Sep).
Encik Rafizi berkata beliau percaya video itu adalah bahan lama yang disunting semula bertujuan untuk menggodam peranti elektronik miliknya dan membuat fitnah lebih besar.
"Sebenarnya saya selalu berhadapan cubaan menggodam telefon, laptop (komputer riba) dan macam-macam lagi.
"Cubaan paling berbahaya menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone serta akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon serta peranti lain yang berkaitan," katanya.
Encik Rafizi menambah bahawa sudah empat kali beliau menjadi sasaran penggodam dalam tempoh sembilan bulan iaitu pada 14 November 2024, selain 6 Mac, 25 Jun serta 3 September tahun ini.
Encik Rafizi turut memaklumkan menerima mesej daripada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang memberitahu menerima emel ugutan sama pada hari yang sama.
Menurut Encik Rafizi, mereka dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki sama dan Encik Wong Chen sudahpun membuat aduan polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan menerima laporan itu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Siasatan masih diteruskan bagi mengesan penghantar email terbabit," kata Encik Azlan.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.