Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rafizi Ramli nafi PKR tawar PAS sertai Kerajaan Perpaduan

Anggaran Waktu Membaca:
Rafizi Ramli nafi PKR tawar PAS sertai Kerajaan Perpaduan

Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli. (Gambar fail: Bernama)

ISKANDAR PUTERI: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, Encik Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

"Saya tak pernah dengar (dakwaan PAS ditawarkan masuk Kerajaan Perpaduan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak merundingkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selain (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran)," katanya kepada wartawan pada Ahad (28 Mei).

Encik Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, pada Ahad.

Pada Sabtu (27 Mei), cik Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” yang didakwa menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan