Rafizi dipanggil rakam keterangan pada 4 Mei: SPRM
Mantan Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli, akan dipanggil untuk merakamkan keterangan esok (4 Mei) berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion (S$332.4 juta) melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited dari Britain.
Mantan Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli. (Gambar fail: Bernama)
This audio is generated by an AI tool.
Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Hafaz Nazar berkata Encik Rafizi dijadual hadir di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10.00 pagi bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna jawatan atau kedudukan untuk suapan.
"Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025," menurut beliau dalam kenyataan pada Sabtu.
Encik Mohd Hafaz berkata minggu lalu, SPRM sudah merakam keterangan bekas pembantu Encik Rafizi, Chai Jin Shern atau James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.