Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Queensland di Australia beri amaran lebih banyak kes COVID-19

Australia melaporkan lapan kes tempatan baru COVID-19 di Queensland pada Selasa (30 Mac), dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa lebih banyak kes mungkin muncul sedang negara itu berusaha untuk mengatasi penularan berkaitan jenis koronavirus United Kingdom yang lebih mudah berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Queensland di Australia beri amaran lebih banyak kes COVID-19

Brisbane, Australia laksanakan perintah berkurung 3 hari. (Gambar: AFP/Patrick HAMILTON)

Diterbitkan : 30 Mar 2021 03:05PM Dikemas Kini : 30 Mar 2021 03:09PM

BRISBANE: Australia melaporkan lapan kes tempatan baru COVID-19 di Queensland pada Selasa (30 Mac), dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa lebih banyak kes mungkin muncul sedang negara itu berusaha untuk mengatasi penularan berkaitan jenis koronavirus United Kingdom yang lebih mudah berjangkit.

Kes-kes baru itu membawa jumlah penularan terbaru kepada 15 kes setakat ini, sehari selepas negara itu mengumumkan sekatan segera untuk tiga hari di Brisbane, bandar ketiga terpadat di Australia.

Semua kes dikaitkan dengan dua kelompok jangkitan virus berbeza, satu dikaitkan dengan seorang doktor dan yang kedua dengan seorang jururawat, kata pihak berkuasa.

"Hakikatnya kaitan antara kes-kes ini adalah berita baik," kata Perdana Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk kepada wartawan. "Adakah kita menjangkakan akan melihat lebih banyak kes? Mungkin. Mungkin, kita akan melihat lebih banyak lagi."

Sekitar 2 juta orang di Brisbane diwajibkan duduk di rumah sehingga Khamis petang, kecuali bagi tugas penting, penjagaan kesihatan, berbelanja barangan dapur atau senaman sementara pemakaian pelitup diwajibkan di luar rumah.

Sekatan segera itu telah menyebabkan gangguan terhadap rancangan perjalanan ribuan orang kerana ia dijadualkan berakhir hanya sehari sebelum cuti hujung minggu panjang Easter dan cuti penggal sekolah di Australia, waktu yang popular untuk percutian.

Wilayah jiran New South Wales, dengan jumlah penduduk paling padat di Australia, juga dalam keadaan berjaga-jaga setelah dua kes di Queensland, seorang jururawat dan saudara perempuannya, melakukan perjalanan semasa tempoh berjangkit ke Byron Bay, sebuah bandar pelancongan di selatan sempadan Queensland.

Nasihat kesihatan telah dikeluarkan untuk beberapa pub, kafe dan restoran yang terdedah kepada virus tersebut sedang para pegawai menggesa pelanggan untuk menjalani ujian dan mengasingkan diri.

"Saya harap tidak ada kes yang muncul di New South Wales, tetapi saya tidak akan terkejut jika ada. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia," kata Perdana Menteri Gladys Berejiklian.

Sekatan pergerakan, penjarakan sosial dan sistem pengesanan kontak yang pantas telah membantu Australia mengatasi kelompok baru sejak beberapa bulan ini. Negara itu melaporkan sekitar 29,300 kes dan 909 kematian sejak pandemik itu bermula.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan